Selasa, 29 Mac 2011

10 Masjid Tertua di Dunia

Ada dua definisi bagi merujuk fakta masjid tertua ini, pertamanya bangunan masjid paling tertua di bina dan keduanya binaan masjid yang sudah lama dibina dan masih di gunakan pada saat ini...di sini disenaraikan masjid yang masih digunakan untuk solat dan aktiviti keagamaan..ia tidak termasuk masjid yang telah diubahsuai atau di tukar kegunaannya...contohnya seperti HAGIA SOPHIA yang ketika ini sudah berusia 558 tahun...yang mana penah ditukar kepada gereja dan muzium....



01. Masjid Quba , Saudi Arabia
 Tahun dibina : 622
Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad S.A.W sebelum Baginda tiba Madinah melakukan penghijrahan dari Makkah.




02. Masjid al-Nabawi, Saudi Arabia
Tahun dibina : 622
Masjid an-Nabawi atau Masjid Nabi merupakan masjid kedua paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah S.A.W. Masjidil Haram merupakan masjid paling suci dan Masjid Al Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam. Masjid ini asalnya dibina sendiri oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi. Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba.


03. Masjid al-Qiblatain, Saudi Arabia
    Tahun dibina : 623
Masjid Qiblatain awalnya dikenal dengan nama masjid Bani Salamah, karana ia didirikan di atas bekas tapak rumah Bani Salamah.Pada permulaan Islam, orang melakukan solat dengan menghadap kiblat ke arah Baitul Maqdis ( Masjid Al Aqsa ) di Yerussalem (Palestin). Pada tahun ke 2 Hijrah hari Isnin bulan Rejab waktu Zuhur di masjid Salamah ini, tiba-tiba turunlah wahyu surat Al Baqarah ayat 144 kepada Rasulullah.Setelah turunnya ayat tersebut, beliau menghentikan sementara solatnya, kemudian meneruskannya dengan memindahkan arah kiblat menghadap ke Masjidil Haram. Merujuk pada peristiwa tersebut, lalu masjid ini dinamakan Masjid Qiblatain, yang ertinya masjid berkiblat dua.


04. Masjid Jawatha , Saudi Arabia
     Tahun dibina : 629 
Jawatha Masjid terletak di desa Al-Kilabiyah, sekitar 12km timur laut Hofuf, Al-Ahsa, Arab Saudi. Ia adalah antara masjid terawal yang dibina di timur Arab dan sebahagian besar struktur asal telah runtuh.Walaupun begitu masih ada jemaah yang datang setiap hari di masjid tersebut.


05. Masjid al-Haram, Saudi Arabia
     Tahun dibina : 638
Al-Masjid al-Haram adalah masjid terbesar di dunia, boleh menampung sehingga empat juta jemaah.


06. Masjid Agung Kufa , Iraq
   Tahun dibina : 639
Masjid Agung Kufah, atau Masjid al-Kufah terletak di Kufa, Iraq, merupakan salah satu masjid yang paling awal dalam Islam. Ia dibangun di tengah-tengah abad ke-7 selepas Khalifah Umar mendirikan bandar.


07. Masjid Uqba , Tunisia
      
Tahun dibina :670
Masjid Uqba juga dikenali sebagai Masjid Agung Kairouan , ia merupakan salah satu masjid yang paling penting di Tunisia, terletak di bandar Warisan Dunia UNESCO Kairouan.


08. Masjid Imam Hussain, Iraq
Tahun dibina : 680
Masjid Imam Hussain (sebelah kiri) dimana terletaknya makam Husain bin.' Ali cucu kedua Muhammad yang bersebelahan dengan Masjid Al Abbas dimana makam Ali 'Abbas ibn' ditempatkan .Abbas adalah saudara Hassan dan Hussein, dan bendera pembawa untuk Hussein dalam Pertempuran Karbala.Jarak antara masjid 'Abbas dan Hussein, adalah sama seperti jarak antara bukit Al-Safa dan Al-Marwah.
 
 
09. Masjid Al-Aqsa , Jerusalem
 Tahun dibina :705
Masjid Al-Aqsa pada awalnya adalah rumah ibadah kecil yang didirikan oleh Umar bin Khattab, salah seorang Khulafaur Rasyidin, tetapi telah diperbaiki dan dibangun kembali oleh khalifah Umayyah Abdul Malik dan diselesaikan oleh putranya Al-Walid pada tahun 705 Masehi.
 
 
10. Masjid Al-Zaytuna , Tunisia
Tahun dibina :709
Masjid Al-Zaytuna bererti Masjid Zaitun adalah sebuah masjid besar di Tunisia, dekat pantai utara Afrika.Masjid ini adalah yang tertua di Ibukota Tunisia dan meliputi kawasan seluas 5.000 meter persegi (1,2 hektar) dengan sembilan pintu masuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan