Rabu, 6 April 2011

Padamkan Lampu Tidurmu

Pagi tadi aku layan lagu Wings - Padamkan Lampu Tidurmu....aku cuba hayati bait bait kata lagu tersebut... aku faham apa yang nak disampaikannya...antaranya apa yang terlintas di benakku...supaya kita ingat hari mati...apabila kita mengadap Illahi...di kubur...apa yang kita bawa hanyalah amalan dan kita tidak boleh bercakap untuk counter apa yang kita lakukan maksiat masa di dunia...yang defend kita hanyalah amalan dan Al-Quran...dengan keadaan persekitaran kita banyak gejala yang tidak bermoral dan berakhlak... seperti penzinaan...pembuangan bayi...perjudian...minum arak....lagu ini mngejak kita.. jangan dikotakan dosa yang hanya nikmat di dunia kerana balasan dan hukuman di akhirat tidak setimpal apa yang kita buat....kita buat dalam masa yang singkat tapi balasan di neraka memakan tahun..bla bla bla lagi...anda pun ingin mermberi pandangan setelah mendengar lagu itu ...di alu alukan...benda baik dikongsi dan di diskusi bersama ...tapi ada satu part yang aku tak tau apa maksudnya iaitu bait 'Dengan serapah semangat tujuh milikku'....apa yang tujuh itu....aku cuba google lah....and then aku jumpa artikel ini...


RAHSIA ANGKA 7 DALAM ISLAM

Asy-Syeikh Al-Imamul-ajallu Abu Zahar Muhammad bin Abdulrohman Alhamdanaani, semoga rahmat Allah berlimpah ke atasnya, ketahuilah bahawa Zat Pencipta, Yang sangat besar kekuasaan-Nya, dan sangat tinggi kalimat-Nya serta bersinambungan nikmat-Nya, telah menghiasi tujuh perkara dengan tujuh perkara, dan menghiasinya pula bagi tiap-tiap yang tujuh perkara itu dengan tujuh perkara yang lainnya, untuk memberitahukan kepada orang-orang yang berilmu bahawanya angka tujuh itu mempunyai rahsia yang sangat besar dan kedudukan yang agung di sisi Allah, Maharaja yang memiliki kemudharatan dan kemanfaatan.

1. Allah menghiasi udara dengan tujuh lapis langit, Firman-Nya yang bermaksud: Dan kami bina di atas kamu tujuh buah langit yang kukuh.(AnNabaa':12). Kemudian Allah menghiasi dengan tujuh bintang, firman Allah yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang di langit, dan Kami telah menghiasinya (langit itu) bagi orang-orang yang memandangnya.

2. Allah telah menghiasi padang yang lapang dengan tujuh lapis bumi. Firman Allah yang bermaksud : Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi.. (Atthalaaq:12). Kemudian Allah menghiasi bumi itu dengan tujuh lautan, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Dan laut, ditambahkan kepadanya tujuh laut lagi sesudahnya..(Luqman: 27)

3. Allah telah menghiasi neraka dengan tujuh tingkat, iaitu : Jahannam, Sa'iir, Saqar, Jahiim, Hurhamah, Ladhaa dan Hawiyah. Kemudian Allah menghiasinya dengan tujuh ointu, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Ia (neraka) itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari neraka. (Al-Hijr:44)

4. Allah telah menghiasi Al-Quran dengan tujuh surah yang panjang, kemudian munghiasinya pula dengan tujuh ayat pembuka kitab (faatihatul-kitaab). Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Dan sesungguhnyaKami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Quran yang agung. (Al-Hijr: 87).

5. Allah menghiasi manusia dengan tujuh angggota badan iaitu, dua tangan , dua kaki, dua lutut dan satu wajah. Kemudian menghiasinya dengan tujuh peribadatan iaitu dua tangan dengan doa, dua kaki dengan berkhidmat, dua lutut dengan duduk dan muka dengan sujud. Firman-Nya yang bermaksud: Dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Allah). (Al-'Alaq : 19).

6. Allah menghiasi umur manusia dengan tujuh peringkat. Pada masa lahir disebut "radli", kemudian 'farhim', kemudian 'kuhul', kemudian 'syaikh'. Dan menghiasi tujuh peringkat umur ini dengan tujuh kalimat iaitu : Ucapan Laa Ilaaha Illallaah Muhammad Rasuulullaah. Firman Allah yang bermaksud : Dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa (Laa Ilaaha Illallaah) dan adalah mereka berhak dengan kalimat taqwa itu dan patut memilikinya.

7. Allah menghiasi dunia dengan tujuh negeri yang besar iaitu : pertama: Hindustan, kedua: Hijaz, ketiga : Bashrah, Badiyah dan Kufah, keempat : Iraq, Syam, Khurasan sampai ke Balakh, kelima: Roma dan Armenia, keenam : Negeri Ya'juj dan Ma'juj, ketujuh : China dan Turkistan. Kemudian Allah menghiasi tujuh negeri itu dengan tujuh hari iaitu Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Dan Allah memuliakan dengan ketujuh hari itu dari para nabi iaitu Allah memuliakan Nabi Musa a.s dengan hari sabtu, Isa bin Maryam a.s dengan hari ahad, Dawud a.s dengan a.s dengan hari isnin, Nabi Sulaiman a.s dengan hari selasa, Nabi Ya'qud a.s dengan hari khamis dan Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya dengan hari jumaat.
(Al-Fath :26)

(Kitab As Sabb'iyyaatu Fii Maa'ishi'lbrityaat)


Wings - Padamkan Lampu Tidurmu

Terikat dua tangan bagai nasib tawanan
Terkunci mata mulut peluh tumpah dibadan
Kau paksa ku tunduk berlutut sebelum kau menghukum
Kau mungkin tak percaya aku ada pendinding
Seribu satu doa hulubalang yang kadim

Jangan... jangan teruskannya selagi hatimu tak cukup zalim
Jangan... jangan kotakannya selagi hukuman tidak setanding

Dengan serapah semangat tujuh milikku
Akan ku tukarkan dunia menjadi syurga si gelendangan
Tiada tangisan angkara dusta tiada diri berbeza
Diam saja bersyukurlah

Padamkan lampu tidur tutup mata fikirkan
Di dalam gelap engkau masih mampu melihat benar
Padamkan lampu tidur nyalakan lampu hati
Hitam dan putih tetap indah bila kau kenal
Oh warnanya... 

1998 [Mencari Asal Usul]

4 ulasan: