Khamis, 2 Jun 2011

Gambar Perkahwinan Yassin Senario Dan Farrah

Akhirnya pelakon lawak terkenal yang naik seiiring dengan pelawak Saiful Apek selamat diijabkabulkan dengan Farrah.Pelbagai spekulasi dan gosip melanda beliau oleh media massa tentang pasangan namun begitu secara peribadinya itu adalah hak dia dengan siapa pasangan hidup pilihan mereka.Setiap orang ada rahsia dan privacy masing masing dan berhak merahsiakan kalu difikir tidak perlu dikongsi.Aku tengok selebriti sekarang susah untuk menyimpan rahsia dek media massa yang selalu 'menyerang' dan 'push' maklumat yang kebanyakannnya boleh mengaibklan selebriti tersebut.










Aku harap selepas  ini Yasin akan lebih komited pada lakonan dan hindari daripada kegiatan yang tidak sihat.Pada aku Yasin mempunyai bakat yang hebat dalam melawak.Aku belum puas lagi menonton lakonan lawak dari Yasin dan sentisa tertunggu tunggu aksi terbaru Yasin.Walaupun aku ini bukan hard fan Yasin tetapi aku rasa di antara pelawak pelawak senior seperti Saiful Apek , Geng Senario , Geng Cecupak...lawak Yasinlah masih releven dan boleh seiring dengan pelawak baru dari geng Raja Lawak.Itu pendapat peribadi aku.....antara yang aku masih ingat lakonan beliau ialah...Aku Kaya, Tangkai Jering dan Man Laksa...banyak lagi lakonan beliau tapi dalam 3 cerita ini bagi aku yang byk memberi kesan pada aku....wallohualam...

Rabu, 1 Jun 2011

Kereta Konsep Proton Bertemakan Nama Pahlawan.....

Semua orang dah tahu akan kereta konsep yang dinamakan sempena 5 pahlawan Melayu Melaka Hang Tuah , Hang Jebat , Hang Lekiu , Hang Lekir dan Hang Kasturi....ke lima - lima kereta ini telah dipertonton di Kuala Lumpur International MotorShow (KLMS) tahun lalu...

PROTON TUAH ( Balance of Function and Aesthetic.)


Proton model berkapasiti 1.8/2.0L dgn kepantasan 100kmh/10sec. Kelajuan kereta ini dijangka bleh mencapai 180km/h dgn mempunyai 50 liter kapasiti minyak petrol.

Bumbung kaca Photochromatic yang akan digunakan boleh digelapkan secara automatik pada pelbagai peringkat.

bersesuain dengan keadaan semasa pengunaan fog lamp LED dan.Lampu belakang yang futuristik dengan ciri LED yang lebih terang dan menjimatkan cas kuasa..

Pembuka pintu yang berkonsepkan illuminasi dan glow in dark.Rekabentuk aerodinamik belakang kereta ini berfungsi sebagai spoiler yang bersesuaian pada kelajuan tinggi dan kestabilan memandu.

Untuk pengalaman memandu yang dinamik teknologi baru yang diperkenalkan dalam model ini dimana lampu hadapan boleh menyuluh selari dengan haluan tayar.




PROTON JEBAT ( Purebred Racing Passion.)


Proton ini di bangunkan dari chasis asal Mitsubishi Lancer dimana menggunakan nadi MIVEC Turbo 4 Silinder Doch 16 Valve.Kelajuannya boleh mencapai 232km/h dengan 100kmh/5.6sec.

Rekabentuk dan Spesifikasi kereta ini di reka untuk performance dan dan pemanduan extreme.Kerangka kereta ini juga telah dimajukan lagi dari pengeluar asal untuk lebih kestabilan dan ketahanan.




PROTON LEKIU ( Urban and Adventure Into One.)


Model ini bakal memjadi model pertama yang bercirikan SUV dari Proton dengan kedudukan pemanduan yang tinngi menjamin keselesaan dan pemanduan yang lebih sensasi.

Rekaan lampu depan dan belakang adalah satu design yang paling menyerlah pada kenderaan ini yang bercirikan futuristik lain daripada mana - mana kenderaan.Ia juga bersamaan dengan fog lamp yang berkuasa tinggi.




PROTON LEKIR ( Agility and Sophistication Made Perfect..)

Model 2 pintu ini diadaptasikan dari teknologi Lotus dimana chasisnya diperbuat daripada alumunium ringan seiring dengan kereta yang bercirikan performance ditambahkan lagi dengan rekabentuk  yang aerodinamik menambahkan prestasi yang lebih baik.

Dengan ciri lampu projektor berkembar memantapkan pemanduan di waktu malam dengan jarak pandangan yang lebih luas dan jauh. Pemanduan lebih stabil dengan tayar 235/40 R18 besertakan rim lightweig.


PROTON LEKIR ( Uplift Saga's Brand Value Is Now Kasturi..)

Kereta ini dari model terbaru Proton Saga FL dimana menggunakan enjin buatan Proton iaitu CamPro IAFM 1.3 L, 94HP.

Kereta telah dinaiktarafkan fully bodykit yang tampak sporty dengan gaya gabungan warna dan graphic menampahkan estetika kereta ini.

Bukan sekadar perubahan dari segi luaran malahan interior juga dilengkapi dengan sistem ICE. touch screen LCD dengan disertakan sistem navigasi peta.